Social Icons

Pages

Sunday 21 April 2013

BERJASA BAKAL BUAT KEJUTAN DI PARLIMEN SEREMBAN



Kerusi P128 Seremban memperlihatkan pertandingan 5 penjuru calon-calon bertanding selepas berakhirnya proses penamaan calon 20 April 2013 yang lepas.  PRU ke 12 tahun 2008 menyaksikan hanya pertemuaan satu lawan satu antara DAP dan Barisan Nasional yang akhirnya dimenangi oleh John Fernandez dari DAP dengan majoriti 3948 undi. PRU-13 kali ini menjanjikan pertemuaan menarik dengan penyandang John Fernandez bertanding atas tiket BEBAS selepas gagal mencapai kata sepakat dengan bekas partinya DAP. Kerusi parlimen Seremban ini juga menyaksikan Pemimpin Muda DAP berpengaruh, Anthony Loke Siew Fook beralih arah ke Seremban dengan meninggalkan Parlimen Rasah yang dimenangi PRU lepas. Kontroversi juga berlaku dalam kem MCA apabila Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Dato Yeow Chai Thiam mengambil keputusan bertanding walaupun mendapat tentangan beberapa pihak dalam MCA itu sendiri. Seorang lagi calon bebas adalah Ujang Bin Abu yang mungkin bertindak sebagai pemecah undi diantara calon-calon yang bertanding. Paling menarik tumpuan adalah calon dari parti yang diwakili oleh  Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (BERJASA) Ustaz Abdul Halim Bin Abdullah. Sedikit latar belakang calon ini.

Ustaz Abdul Halim Bin Abdullah berumur 48 tahun dilahirkan, dibesarkan dan kini menetap di Seremban, Negeri Sembilan. Berkelulusann Ijazah Pengajian Islam dan Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Mesir (1993) Beliau seterusnya menyambung pelajaran di University of Queensland, Australia (1998) dan memperolehi Ijazah Kejuruteraan, seterusnya bekerja di Queensland Harbours & Marine Department (QHM) dan Queensland Electricity Comission (QEC). Beliau aktif dalam aktiviti kemanusiaan dalam dan luar negara terutama di Palestine, Arakan dan lain-lain negara.Sudah berkahwin dan mempunyai 14 orang anak.

Apa yang hendak dibangkitkan disini adalah tentang penglibatan BERJASA dalam PRU-13 terutama di Negeri Sembilan. BERJASA dianggap sebagai parti serpihan PAS yang mana ahlinya kecewa dengan dasar perjuangan PAS yang kononya dikatakan telah menyimpang jauh lalu menubuhkan BERJASA.Berkenaan hal tersebut saya tidak berhasrat hendak perjelaskan dengan lebih lanjut.Pembaca boleh mencari maklumat yang lebih tepat dalam hal yang diperkatakan itu. Teruja untuk diperkatakan adalah peluang BERJASA dalam membuat kejutan memenangi kerusi Parlimen Seremban pada PRU kali ini. Boleh dikatakan parti ini datang pada masa yang tepat di tempat yang tepat. Tepat disini bermaksud ketika isu-isu agama dan Melayu hangat diperkatakan seperti kalimah Allah dan Hak-hak kaum Melayu, manakala tepat dari segi tempat adalah kawasan Parlimen Seremban kini mempunyai jumlah pengundi Melayu yang lebih besar berbanding PRU lepas.Berdasarkan rekod SPR, pengundi Melayu yang layak mengundi di kawasan ini adalah sebanyak 44,767 pengundi manakala pengundi Cina 42,115 dan India 14,038 pengundi. Dikira mengikut peratusan, Melayu sebanyak 43%, Cina 41% dan India 13. Berdasarkan kajiaan pelbagai pihak, kehadiran BERJASA yang berciri parti Islam dan diwakili oleh calon dari golongan ahli agama dikatakan mampu menarik peratusan yang tinggi dari pengundi Melayu di kawasan Seremban yang sudah lama menginginkan calon Melayu Islam mewakili mereka di dewanb rakyat. Undi daripada kaum cina besar kemungkinan akan berpecah dua yang mana akan pergi ke Anthony Loke dari DAP dan Dato Yeow Chai Tiam dari MCA. Manakala penyandang kerusi Parlimen Seremban, John Fernandez yang berada dibawah bumbung BEBAS pada kali ini dijangka mempunyai peluang tipis berikutan rata-rata rakyat Seremban menolak beliau berikutan khidmat yang kurang memuaskan sepanjang berkhidmat  selama 5 tahun sebagai Ahli Parlimen. Seorang lagi calon BEBAS , Ujang Bin Abu yang tidak dikenali berkemungkinan bakal hilang wang pertaruhan.

Kempen pertama BERJASA di Flat Sri Uda, Ampangan pada 21 April 2013

Tidak mustahil BERJASA bakal membuat kejutan dalam keputusan pengundiaan pada 5 Mei nanti. Kehadiran parti ini tidak boleh dianggap enteng dan direndah-rendahkan penyertaanya. Apa pun boleh berlaku dalam masa 15 hari menuju ke hari pengundiaan. Perlu ingat BERJASA merupakan parti yang bersih dan tidak terpalit lagi dengan sebarang isu berbanding parti-parti lain. Mungkin akan ada sikap keterbukaan para pengundi Seremban yang muak dengan pelbagai isu, kontroversi dan skandal parti-parti politik yang bertanding lalu menterjemahkan sokongan mereka ke BERJASA?Apapun tunggu dan lihat samada penilian ini betul. Yang nyata kerusi P128 Seremban menjanjikan pertarungan paling sengit di Negeri Sembilan.


No comments:

Post a Comment