Social Icons

Pages

Thursday 28 February 2013

JAMBATAN PUTRAJAYA TAK ROBOH



JAMBATAN NAK KE TOL PUTRAJAYA TAK ROBOH. MEDIA LAPORKAN BENDA YANG SALAH.........JAHAT BETUL LA. TIADA ETIKA LANGSUNG. 

YANG SEBENARNYA..






BN DAH TUTUP JALAN TUH.. UIH..AWALNYA BN TUTUP JALAN.TUNGGU LA LEPAS PRU 13 NI. TAK PUN LEPAS PM UMUM PARLIMEN BUBAR.. TAK SEMPAT-SEMPAT LA KORANG NI..KAH.KAH..

BN..BN..

MAHASISWA SEKARANG MUDAH DILACURKAN?


Melihat dari sudut perkataan M.A.H.A.S.I.S.W.A, sebenarnya ia terdiri oleh 2 suku kata iaitu maha yang membawa maksud besar dan berkuasa; dan siswa yang merujuk pada sekelompok pelajar atau penuntut di institusi pengajian tinggi.  
Dr. Zuhdi bin Marzuki (Univ.Malaya, 2001) mendifinisikan mahasiswa sebagai suatu kelompok pelajar yang yang berada dalam peringkat paling tinggi dalam sistem pendidikan formal sesebuah negara. Penggemblingan tenaga kelompok ini berteraskan daya keintelektualan yang bersifat idealis untuk mencapai matlamat yang digagaskan bersama, selaras dengan kedudukan mereka di menara puncak ilmu.
Persoalan pokok yang hendak diutarakan disini apakah mahasiswa yang ada pada masa sekarang mempunyai daya keintelektualan yang tinggi yang dapat membezakan diantara perjuangan menuju puncak menara ilmu ataupun puncak kepuasan tidak terbatas sesetengah individu?
Masih tidak teringatkah para mahasiswa saat pertama kali mendapat surat tawaran menyambung pelajaran ke institusi yang lebih tinggi.?
Saat gembiranya hati si ayah dan ibu bilamana anak yang dibesarkan selama ini bakal meniti masa depan yang gemilang. Masa depan yang dahulunya tidak dapat dikecapi oleh mereka kini dapat disambung oleh sianak kiranya. Rata-rata si ibu dan si bapa melontarkan azimat keramat
" min belajarlah rajin-rajin, abah tiada harta yang hendak diberikan..Hanya didikan dan pelajaran yang mampu menjamin engkau. Abah tak kisah bergolak bergadai asalkan engkau berjaya"
Jawab Si anak dengan linangan air mata..
" Insyaallah abah,mak, min takkan lupa pesanan mak abah. Min nak belajar betul-betul. Dapat kerja nanti min nak belikan abah motosikal baru. Nak buatkan mak rumah cantik-cantik"
Apakah yang ada dalam pemikiran sianak tika saat itu ketagihan melakukan demonstrasi? tika saat itu melupakan kelas semata-mata menyertai perhimpunan memperjuangkan sesuatu yang tidak pasti? TIDAK SAMA SEKALI
Kemudiaan sianak yang bergelar mahasiswa melangkah masuk kealam kampus.Alam universiti yang terlalu indah diperkatakan. Masuk la sianak dalam pelbagai persatuaan dan kegiatan universiti. Dari seorang yang naif, sianak berkembang maju. Jawatan Presiden dan AJK persatuaan disandang dengan cemerlang. Lontaran suara-suara sianak keatas teman sekampus dan pentadbiran universiti mula kedengaran. Akan ada lontaran suara menunjukkan ketidakpuashatiaan terhadap pengurusan universiti. HEP zalim, AUKU zalim serta Pilihanraya Kampus kotor menjadi siulan sianak. Lupalah sianak dengan buku-bukunya sehingga meninggalkan kelas dengan alasan tugas persatuaan yang terlalu banyak.
Kesempatan ini diambil oleh pihak luar yang bernafsu tinggi. Menggunakan mahasiswa demi kepentingan peribadi. Diajaklah sianak memberontak dengan gaya dan skala yang bakal diinggati. Demonstrasi menjadi maggi sebagai pengganti. Bertempurlah sianak dengan anggota polis yang sebaya dengan Ibu dan Bapanya. Langsung lupalah dengan ucapan keramat sianak  terhadap si ibu dan sibapa.. 



Begenang air mata si ibu taktala melihat dikaca television kelibat sianak yang gagah menyertai himpunan raksasa seolah tiada hari esok. Tercapaikah impiannya menikmati rumah baru seperti yang dijanjikan sianak sebelum melangkah ke alam universiti?



Ingatlah para mahasiswa, kekalkanlah matlamat dihati yakni mencapai puncak tertinggi ke menara ilmu. Sememangnya terdapat banyak permasalahan dalam pentadbiran negara.Negara sedang berkembang maju seiring peredaran zaman. Keberangkaliaan untuk negara tandus dilanda kontroversi dan isu amatlah mustahil.Namun itulah resam hidup yang mesti ditempuhi. Andai masih tidak berpuas hati, habiskan pengajiaanmu dan belajarlah setinggi-tingginya. Sampai saat itu, taktala kuasa dan jawatan sudah berada digengaman teruskanlah hajat mu menukar apa yang perlu.



Wednesday 27 February 2013

PERLU BEZA ANTARA IDENTITI BANGSA DAN PERJUANGAN POLITIK


PROMOSI BAJU DISALAH SATU LAMAN FB BLOGGER POLITIK ( cari lah sendiri sapa punya FB ni)



Sultan adalah IDENTITI BANGSA. Tak dapat tidak kita amat perlukan sultan untuk terus berkuasa dimuka bumi Malaysia. Mungkin Kesultanan Melayu yang ada pada hari ini banyak dihimpit pelbagai kontroversi yang menyesakkan dada kita sebagai orang Melayu dan rakyat Malaysia. Tapi suka ataupun tidak, sistem beraja ini merupakan benteng terakhir orang Melayu yang dilihat sekarang ini sudah tipis dari segi kuasa politiknya.SEBARANG CUBAAN UNTUK MENGHASUT RAKYAT MEMBENCI DAN MENENTANG SISTEM BERAJA PERLU KITA PATAHKAN. Tidak kiralah samada PAS, Pakatan Rakyat mahupun UMNO dan Barisan Nasional,kena bezakan diantara perjuangan menukar kerajaan dan mengekalkan identiti bangsa


Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Malaysia. Perkara ini secara terperinci memberitahu bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia biasa dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial.


JADI dalam keghairahan kita melancarkan perang saraf, perang siber dan perang apepun menghadapi PRU 13 ni,kita jangan lupa identiti bangsa kita. Asimilasi untuk mewujudkan satu bangsa Melayu itu bagus. Tapi Asimilasi untuk menghilangkan identiti bangsa dan mewujudkan satu bangsa yang liberal perlu ditolak.

KESELAMATAN NEGARA NAK DIGADAI?

LUAR NEGARA

Sultan Sulu enggan berundur

MANILA 26 Feb. - Sultan Sulu, Jamalul Kiram III menegaskan bahawa dia dan pengikutnya seramai 180 orang tidak akan berganjak dari kawasan perairan di Lahad Datu, Sabah di Malaysia.Kiram membuat kenyataan tersebut beberapa jam selepas Presiden Filipina, Benigno Aquino III memberi amaran supaya kumpulannya berundur dari Sabah, hari ini.Kiram berkata, Sabah merupakan milik keluarganya dan mereka tidak perlu akur dengan amaran Aquino, termasuk arahan kerajaan Malaysia yang mendesak supaya mereka meninggalkan kawasan yang dicerobohi.



KEMENTERIAN DALAM NEGERI...BOSNYA SIAPA LAGI KALAU BUKAN HISHAMUDDIN..Awat hang ni berlembut sangat..sampai bila mahu berunding? aiyaa..kalau keselamatan negara, pertahanan negara tidak mampu dijaga, apa lagi yang boleh kita harapkan daripada kerajaan BARISAN NASIONAL?  Hishamuddin, come on lah..buktikan anda bukan MENTERI LEMBUT yang selalu dicanangkan Keselamatan Negara merupakan perkara serius.Memang  lah kena berunding..tapi mana jalan penyelesaiannya..Mungkin Hishamuddin boleh dimaafkan dalam isu PPSMI ( sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris), Satu dasar yang totally gagal serta.Isu 6P ( Program pemutihan Imigresen melibatkan pendatang asing), Program yang dilihat menunjukkan kerajaan sangat baik hati tangani PATI. Tapi isu keselamatan ni macam mana?


HISHAMUDIN..HISHAMUDIN..


Monday 25 February 2013

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT PERLU DIPERHALUSI?

Semalam Pakatan Rakyat telah mengumumkan manifesto Pilihan Raya Umum Ke 13 yang memberi tumpuan keatas empat teras utama yang dilihat merangkumi kesemua segmen masyarakat 




Manifesto ini diumumkan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli; Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran. 

WW dah baca kesemua 4 manifesto tersebut.Menarik untuk ditawarkan kepada rakyat selain matlamat utama menarik pengundi menjelang PRU 13. Tapi WW nak komen sikit sebabnya pandangan WW terdapat beberapa elemen yang kurang sesuai ataupun hangat  pada masa sekarang contohnya..


Isu pembalakan menjadi panas di Kelantan dan Kedah yang diperintah PAS.Memang manifesto ini dilihat untuk memperbaiki apa yang telahpun berlaku di dua negeri tersebut..Tapi rakyat terasa agak janggal bagaimana Pakatan Rakyat nak memperkasakan undang-undang tersebut sedangakan sekarang ni pun PR sukar umntuk tangani isu pembalakan yang dibawah bidang kuasa kerajaan negeri? Manifesto ini mengundang bola tanggung kepada blogger UMNO yang gila menulis untuk spoin balik isu ni..Betul tak?


OK yang keduanya manifesto berkaitan...



Bagus matlamat untuk memartabatkan hak bahasa ibunda..Tapi tengoklah apa yang berlaku kat Pulau Pinang? Papan tanda bahasa Melayu hendak ditukar dan telahpun ditukar dengan bahasa Cina dan Inggeris..Jadi cuba korang fikir..sesuai tak manifesto ni nak meraih undi di negeri tersebut?


MANIFESTO KALI NI BANYAK YANG LOMPONG LA.MUNGKIN PAKATAN RAKYAT AGAK TERBURU-BURU? TAPI APEPUN SERAHKAN KEPADA RAKYAT UNTUK MENILAI.NI PANDANGAN WW JE..MAAF KALAU ADA YANG TAK SETUJU







BN PROVOKE PAS SELAMA INI..





MUAR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mencabar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama ada berani mengeluarkan fatwa mengharamkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno turut mencabar pemimpin tertinggi Pas itu mengeluarkan satu lagi fatwa bahawa mereka yang menerima BR1M juga haram.
   
"Jika mereka tidak haramkan ini bermakna apa yang dilakukan oleh kerajaan ini adalah kerja amal dan untuk membantu rakyat supaya lebih sejahtera, bahagia, dan boleh gunakan bantuan itu untuk menguruskan keperluan keluarga mereka," katanya.  - Bernama



HAAA...TENGOK..DEN DAH KOBA...ELOK-ELOK PAS DIAM, DIA PERGI KACAU..SURUH BAGI FATWA ITU INI..SEMALAM BARU PEMIMPIN UMNO CAKAP MINTA PAS JANGAN BAGI FATWA DEMI MERAIH UNDI.SO PAS DAH SONYAP LA NI..UMNO YANG BISING-BISING APE HAL? SEKARANG SIAPA YANG LEBIH-LEBIH? BOTUL TAK DEN KOBA?.....

Sunday 24 February 2013

MACAMANA HATI NAK LEKAT SOKONG UMNO?

UMNO...UMNO...BILA FITNAH BERLELUASA..APAKAH MUNGKIN AKAN ADA KEBERKATAN DALAM PERJUANGAN? KITA SOKONG PIHAK YANG MENDOKONG ISLAM WALAUPUN TIDAK KELIHATAN ISLAMIK , DAN KITA  SENTIASA MENGALU-ALUKAN PERJUANGAN PIHAK TERSEBUT TAK KIRA LA SIAPA PUN.PARTI  POLITIK HANYALAH MESIN..YANG MENGERAKKANNYA ADALAH ORANG DI DALAMNYA. TAPI ORANG YANG MACAMANA?  MALEH DEN NAK KOBA LOBEH-LOBEH..MEH LA JOM LAYAN VIDEO NI..





Sunday 17 February 2013

YAHUDI DAN PERANCANGAN HALUSNYA




Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut agama mereka. Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu apa pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.” – (Quran, al-Baqarah: 120)



Yahudi dan Kafir Laknatullah tidak akan pernah putus asa dalam memastikan agama islam dimusnahkan dengan apa cara sekalipun. Meskipun menuntut tempoh masa yang panjang, kebencian mereka kepada islam melebihi segala-galanya. Perancangan yang halus dan rapi merupakan kepakaran golongan Laknatullah ini. Bagi umat islam, mempertahankah akidah dan meluruskan saf barisan adalah tunjang bagi mengekang perjalanan perancangan jahat mereka.Umat islam harus sedar dan menilai perpaduan adalah senjata yang lebih hebat daripda nuklear.

SAMPAI MATI PUN ORANG-ORANG KAFIR TIDAK AKAN SETUJU KEPADA ISLAM

Fadzil Noor kenal masak dengan Anwar Ibrahim

KITA MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MENGAMBIL ISU ANWAR IBRAHIM BUKAN UNTUK TUJUAN MENGANGKAT BELIAU SEBAGAI PERDANA MENTERI TETAPI ATAS DASAR DAN PRINSIP KEADILAN. ANWAR IBRAHIM HARUS DILAYAN DAN DIBICARAKAN SEADIL-ADILNYA. KALAU BELIAU DI PIHAK BENAR, UNDANG-UNDANG HARUS MELEPASKANNYA..NAMUN SEKIRANYA SALAH HUKUMAN MESTI DI JATUHKAN..




Begitulah kenyataan Almarhum Mantan Presiden PAS ke-6, Ustaz Fadzil Noor ketika ditanya oleh pimpinan Dewan Pemuda PAS Selangor ketika berkenaan isu liwat dan rasuah Dato Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Ketika itu ramai di dalam PAS membantah dan keliru dengan tindakan Ustaz Fadzil  mengambil dan menyokong isu Anwar yang telah pun disingkirkan daripada parti dan kerajaan. Ternyata Almarhum bertindak berdasarkan akal fikiran dan bukannya mati hati buta yang meranapkan parti di kemudiaan hari. Ustaz Fadzil mengambil keputusan  untuk membela Anwar Ibrahim atas prinsip keadilan dan bukan untuk tujuan menjadikan mantan Timbalan Perdana Menteri itu sebagai Perdana Menteri di kalangan Pakatan Rakyat ( ketika itu Barisan Alternatif). Almarhum tahu, Anwar tidak mungkin mampu menjadi Perdana Menteri pada saat itu. Pada saat dan ketika beliau dipenjarakan dan tidak lagi menjadi Ahli Parlimen. Ustaz Fadzil faham dengan keinginan penyokong-penyokong PAS yang tidak mahu PAS menjadi alat kepada DAP dan serpihan UMNO (PKR) dalam isu tersebut.

Warisanwizurai bangkitkan isu ini kerana ada pihak yang menyamakan tindakan pimpinan PAS sekarang dengan peranan yang dimainkan oleh Almarhum Ustaz Fadzil pada tahun 1998. Apa yang dilakukan oleh Almarhum ketika itu amat berbeza dan tidak boleh langsung sama sekali disamakan dengan pimpinan PAS sekarang yang secara terang-terangan bertindak mengikut telunjuk DAP dengan bersetuju sebulat suara memilih Anwar menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan berjaya menawan Putrajaya.

Ustaz Fadzil kenal benar dengan Anwar Ibrahim semenjak dalam ABIM lagi. Bersama-sama dalam ABIM membuatkan Almarhum tahu segala perilaku bekas TPM dengan jelas. Ustaz Fadzil sendiri dilantik menjadi Presdien ABIM pada tahun 1974 ketika Anwar ditahan di bawah ISA ekoran isu demonstrasi kebuluran di Baling.

Keadaan amat berbeza sama sekali pada hari ni. Kali ini pimpinan PAS amat membisu taktala satu demi satu  kenyataan dari DAP mahupun PKR  yang terang-terangan menolak keputusan Majlis Syura PAS yang tidak mengiktiraf Anwar Ibrahim yang dilanda pelbagai kontroversi menjadi ketua dikalangan mereka. Pastinya mereka yang ada dalam Majlis Syura seperti Ustaz Harun Din, Ustaz Harun Taib dan Ustaz Taib Azamudin telah bertindak sama seperti Almarhum Ustaz Fadzil  yang menolak Anwar secara berhemah.


Thursday 14 February 2013

BLOGER UMNO AKHIRNYA MENGAKU KEZUHUDAN P



T
U dia..ada satu Blog  pencacai UMNGOK  My Home Soil keluarkan statement. pasal gerak kerja  PAS NEGERI SEMBILAN...Tu dia...main sodap mulut jo..meh sini WW explain sikit agar bloger umngok ni tak jadi baghal sangat..

 

 

 

GEMPAR! 5 RAHSIA BESAR PKR MAHUKAN PUTRAJAYA!

Hari ini MHS selaku blogger Negeri Sembilan merungkai MENGAPA PKR NEGERI SEMBILAN beriya-iya ingin menyertai bapak reformis mereka Anwar Ibrahim dalam misi menawan PUTRAJAYA... 
Ini rahsia Rasmi Kerajaan nih..hehehe

1 Keseluruhan Bilik Gerakan mereka di Seluruh Negeri Sembilan adalah bersifat kayu kayan... Contoh di Kuala Pilah ni.... Bahan batuan hanya di paras betis sahaja... (banyak anai-anai depa kata)

WW: ape yang bongok sangat..nama pun dah kayu ada la anai-anai. dah semua balai raya korang sapu.apa yang tinggal lagi untuk PAS? sekurang-kurangnya PAS tak salahgunakan kemudahan awam demi untuk jadi juara dalam PRU. 




2 Atap di kebanyakan bilik gerakan PKR bocor. Air hujan selalu masuk! 
Contoh Bilik Gerakan di Kuala Pilah nih lagi... 

WW: Dari Ulu Bendol sampailah Juasseh, semua sekolah, balai raya dan Pusat Kegiatan Belia UMNO guna macam harta mak bapak depa. PAS Kuala Pilah ada menghantar memorandum kepada Pejabat Daerah berkenaan isu kemudahan awam disalah guna masa PRU. Tapi macam biasalah, ke bakul sampah juga aduan dioarang





3 Ketiadaaan Taman di sekeliling bilik gerakan mereka. Yang ado hanyalah semak samun, rumput rampai yang tidak dipotong. Kalau kek Putrajaya banyak taman ado..(dio kato).. hehehehe 

WW: ni malas den nak jawab..baghal


4 Di belakang Bilik Gerakan PKR biasanya terdapat Hutan Hujan Tropika dan tidak terurus, Kadang kalo Ular pun masuk dalam Bilik Gerakan mereka sedang mereka merangka strategi nak hancurkan UMNO. hehehe... kek Putrajaya ular-ular semuo ado dalam sangkar....bulih tengok dari luar jo... 

WW: Kek Pilah pun ramai ADUN-ADUN UMNO yang dah jadi ular.yang masuk dalam kain pompuan ado..yang simpan ular betino ado..yang tembak ular jantan dalam rumah ado..yang ular tuo tapi tak mahu pencen-pencen masa PRU pun ado..Betul la tu..Pilah memang banyak Ular


5 Itulah dio semuo dalam gambar tu haaa....nak poie pokan putrajaya... sebab tak tahan do dengan Bilik Gerakan-bilik Gerakan PKR di seluruh negara yang serupo tempat penagih dadah! Demi Rakyat cogan kato nyo...bukan main laie...  

WW:PAS dah biasa duduk kat tempat zuhud macam ni..tapi WW takut dibuatnya Allah nak tunjukkan UMNO kalah masa PRU 13..boleh ke diorang duduk sini? KOMPOM TAK BOLEH. tak pe, PEMUDA UMNO banyak duit..Royalti PASIR kat Pilah nun tak abis 7 keturunan..Sewa hotel je la





DEBAT TERBUKA FELDA !!!




Jom datang ramai-ramai !!!!

GILIRAN PENYOKONG PAS NEGERI SEMBILAN HILANG SABAR



WW bukan menyokong Utusan Malaysia ni yang dah terang-terangan menyokong UMNO sejak dari dulu lagi. Tapi bila WW lihat berita semalam keluar lagi berkenaan penyokong PAS yang buat demo pasal isu kalimah Allah, WW rasa agak relevan utusan kali ni. Giliran penyokong di Negeri Sembilan pulak tunjuk belang  membantah kerjasama yang disifatkan keterlaluan antara PAS dan DAP. Pimpinan PAS jangan pandang enteng je ye isu ni. Kalau penyokong dah memberontak abis Pilihanraya nanti. Jentera akan lumpuh sama sekali kalau macam ni punya gaya. Tak payah nak harapkan PKR dan DAP. Selama ni pun tentera-tentera PAS ni lah yang banyak bantu dioarang berkempen. dDari pasang bendera sampailah jaga bilik gerakan. Tanpa upah diberi pun diorang sanggup atas dasar cintakan Islam dan Parti. Tapi bila lihat satu demi satu negeri penyokongnya buat demonstrasi, isu ini bukan hal kecil lagi..elok dah boleh buka mata dah..

Tuesday 12 February 2013

KESIAN NAJIB...APA PUN TAK JADI

Barisan Nasional mungkin sudah boleh mengibarkan bendera putih pada Pilihan Raya Umum ke 13 yang akan datang di Pulau Pinang. Terbaru pada sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan di negeri tersebut pada Isnin ( 11 Februari 2013), rakyat Pulau Pinang menyatakan tidak pada Barisan Nasional apabila ditanya oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.

Najib bagi ucapan tanya Are you ready for PSY, penonton jawab YES,
Bila Najib tanya are you ready for Barisan Nasional, penonton Jawab NO.



Najib..Najib...

Saturday 9 February 2013

KERUSI ITU BUKAN KAU YANG PUNYA !!!

Umum telah mengetahui bekas timbalan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Bachok, Ustaz Nasharudin Mat Isa telah dipecat dari menganggotai Majlis Syura Ulama pada 13 Januari yang lalu. Kerusi Parlimen Bachok juga hangat di perkatakan seiring dengan pemecatan Nasharudin dalam Majlis Syura PAS apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat membuat kenyataan:






"Nasharudin Mat Isa tidak disenaraikan sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 . Seingat saya nama dia tidak disenaraikan dalam pencalonan kawasan," 


Bab Pemecatan Nasharudin dan Parlimen Bachok kita tinggalkan dulu. Sebabnya Ustaz Nasha dah bagi kenyataan "Sekurang-kurangnya satu daripada tanggungjawab selama ini tidak lagi perlu dipikul selepas pilihan raya umum akan datang. Menjadi calon bukan agenda besar bagi saya dan bagi saya juga sama ada kita dicalonkan atau tidak, segala tugas yang diamanahkan hendaklah ditunaikan dengan baik" 

Tapi yang jadi persoalan sekarang ni siapa yang akan bertanding di kerusi panas tersebut pada PRU 13 ni. Kalau calon dari PAS memang tak jadi masalah. Memang kerusi tersebut sejak dari dulu lagi memang menjadi milik PAS. Warisanwizurai menyokong penuh calon tersebut mesti datang dari PAS. Kemenangan PAS di Kelanatan pun adalah disebabkan kekuatan jentera parti tersebut. Seandainya PAS sendiri yang bertanding di negeri Kelantan pun tiada masalah untuk menang tanpa mengharapkan bantuan rakan pakatan lain.



agak-agak kalau kerusi macam ni orang berebut tak?


Tapi Warisanwizurai diberitahu oleh sahabat-sahabat dari Kelantan, Parlimen Bachok dah panas sekarang ni. Kemungkinan untuk berlaku perebutan menjadi calon diantara PKR dan PAS makin kelihatan yang mana kedua-dua parti tersebut giat turun padang dengan harapan kerusi tersebut diperuntukan kepada mereka nanti.

Sejak tahun lepas lagi dah bergolak pasal Bachok ni bilamana  PKR Kelantan dikatakan telah mengemukakan formula cadangan agar kerusi Parlimen Machang yang kini dimilikinya ditukar dengan Bachok yang menjadi milik PAS. Bulan puasa tahun lepas PKR Kelantan telah menghantar surat cadangan itu kepada Perhubungan PAS Negeri. Kerusi parlimen Machang yang disandang Saifudin Nasution dilihat tidak begitu memberi keselesaan pada PKR.

Pada bulan puasa  tahun lepas juga, Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, 


“Saya difahamkan namanya (Nasharudin) tidak disebut-sebut oleh Pas cawangan Bachok bagi menjadi calon PRU13 kelak, tetapi saya tidak pasti (perkara) selanjutnya,” 



Aduhai janganlah macam ni. PRU semakin hampir kot. PAS kena tetap pertahankan Parlimen Bachok agar jadi milik mereka. Tiada guna laksanakan sistem barter kalau tidak beri sebarang keuntungan kepada PAS. Asyik nak mengalah je dengan orang lain. Asyik tolak ansur je lama-lama ditolak secara beransur-ansur baru tahu. Kepimpina PAS Negeri Kelantan kena buat satu keputusan yang tepat, kalau pun tidak dapat selesaikan isu Nasharudin, selesaikan isu Bachok ni. please....kerusi yang dah sah-sah boleh menang nak bagi kat orang buat pa.biaq pi la depa..




Thursday 7 February 2013

GILIRAN AZIZAN PULAK DAH...


ALOR SETAR - Kehadiran Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada majlis pelancaran program My Beautiful Malaysia peringkat Kedah, yang dilancarkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, di Taman Rekreasi Gunung Keriang, kelmarin mengundang pelbagai reaksi.

Difahamkan, terdapat segelintir pemimpin Pas tidak senang dengan tindakan Azizan yang dilihat ‘mesra’ dengan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) pada majlis itu.


Kemesraan Azizan dengan Chee Heung serta Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dipolitikkan pihak tertentu, sehingga wujud persepsi konon hayat politik Azizan akan menerima nasib sama seperti Nasharuddin.- Sinar-



Alamak..tang ni aku tak setuju langsung kalau PAS nak melatah.Tanam pokok je kot..Tidak perlu nak gaduh-gaduh. Kalau Ustaz Azizan tak pergi program tu siapa lagi nak pergi? sah-sah dia tu orang no 1 di Kedah. Tapi Warisanwizurai percaya, ni sekdar omongan kosong media yang berat sebelah dan nak dapatkan momentum selepas kes Nasharudin Mat Isa..Harap-harap tak betullah benda ni..sayang ooo kalau pisang berbuah dua kali..

PERUBAHAN UNTUK KAKITANGAN AWAM


KUALA LUMPUR: Kakitangan perkhidmatan awam, termasuk polis dan tentera yang bosan dengan  tekanan politik dalam kerja seharian mereka kini mempunyai jalan keluar daripada kemelut tersebut menuju kebebasan dan intergriti.

“PAS mengingatkan bahawa perkara ini boleh dihentikan dengan para kakitangan perkhidmatan awam, termasuk polis dan tentera membuat perubahan dalam pilihanraya ke-13,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, pelbagai tekanan dan paksaan yang dikenakan ke atas kakitangan-kakitangan bagi menyokong program dan agenda Umno dan pelbagai  surat tunjuk sebab dikeluarkan yang langsung tidak berkaitan dengan tugas rasmi.

“Campur tangan melampau Umno juga menyebabkan ramai kakitangan ditukar, diberi amaran dan ditahan kenaikan gaji dan pangkat, semata-mata dilihat tidak menyokong Umno,” tambahnya


Warisannwizurai melihat ada benarnya saranan dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Pahang ni. Kadang kala sesuatu peraturan yang ingin dilaksanakan agak berat sebelah sepertimana kebebasan pada golongan guru untuk berpolitik tetapi hanya untuk menyokong UMNO. Sekiranya para guru dilihat cenderung kepada PAS atau selain daripada itu, tindakan tunjuk sebab malah yang paling sadis ada ditukarkan di sekolah-sekolah pedalaman yang menyebabkan terpaksa berpisah dengan anak bini..adilkah?




BATU PAHAT 20 Jan. - Kementerian Pelajaran mendedahkan hanya seramai enam orang daripada 290,457 guru siswazah memohon untuk terlibat dalam politik walaupun kerajaan telah membenarkan tenaga pengajar yang menepati syarat terlibat dalam politik.

Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, jumlah permohonan yang sedikit itu dipercayai berpunca kerana guru-guru masih bimbang mereka dikenakan tindakan akibat terlibat dalam politik.

Menurutnya, selain itu, para guru turut bimbang identiti mereka yang terlibat dalam politik dan parti didedahkan oleh kementerian dan boleh menjejaskan tugas mereka.

"Para guru dinasihatkan tidak perlu bimbang sekiranya ingin mengemukakan permohonan untuk terlibat dalam politik kerana kebenaran yang diberikan oleh kerajaan telah menjamin identiti mereka dirahsiakan dan tiada tindakan diambil.

"Cuma mereka perlu mengikut syarat yang ditetapkan iaitu guru yang mempunyai jawatan penting dalam sekolah seperti guru besar dan pengetua tidak dibenarkan terlibat dalam politik," katanya selepas merasmikan majlis penutup Forum Penyatuan Islam bersama pesara guru peringkat negeri Johor di Hotel Pine Tree, di sini hari ini. - UTUSAN 


Sebenarnya syarat yang ditetapkan hanya MENYOKONG UMNO JE YE....

Wednesday 6 February 2013

DIPECAT SECARA RASMI



Harapan untuk melihat Ustaz Nasharudin terus berada di Majlis Syura PAS tidak kesampaian. Akhirnya surat pemecatan beliau secara rasminya diterima semalam. (6 Februari 2013). Sedih rasanya melihat kesudahan ceritera dalam Parti Islam di Malaysia ni. Berkenaan tarikh surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh pada 14 Januari 2013 usahlah diperdebatkan lagi. Cepat atau lambat yang paling utama sekarang ustaz Nasha sudahpun secara rasmi di pecat dari Majlis Syura. Saki baki perjuangan bekas Presiden PAS ke 6 Almarhum Ustaz Fadzil Noor tampak semakin kabur dengan hilangnya suara Ustaz Nasha dalam PAS. Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Nik Aziz? Hadi Awang?, Anwar Ibrahim?, UMNO? atau Nasharudin sendiri? Come on lah PAS..masih ada jalan untuk berdamai. Ke nak tunggu PAS kalah teruk dalam PRU 13 baru nak sedar? Warisannwizurai bukan nak menyebelahi ustaz Nasha, tapi PAS tu sendiri rasanya dah agak terkeluar dari matlamat asal perjuangan. Bila datang seseorang untuk menegur, janganlah jadi bodoh sombong tidak mengaku kesilapan sendiri. Jangan bergantung pada cermin untuk lihat titik jerawat. Sudah tentu cermin akan beritahu yang cantik je. Perlu juga pandangan orang lain untuk melengkapi diri. Mari kita lihat 4 prinsip Perlembagaan awal PAS ketika mula-mula parti tersebut ditubuhkan.

PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.
KEDUA: Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.
KETIGA: Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.
KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.

Ok..betul atau tidak..PAS telah langar ke semua 4 prinsip dan matlamat utama penubuhan mereka..Fikirkanlah..