Social Icons

Pages

Monday 30 July 2012

SORANG LAGI BEKAS PEGAWAI KANAN KERAJAAN MASUK PAS

Bekas pegawai kanan Kementerian Pertanian masuk PAS

SEREMBAN: PAS Negeri Sembilan menerima suntikan semangat baru apabila bekas pegawai kanan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Mustapah Mohd Omar menyertai PAS secara rasmi kelmarin.

(Mustapah menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS kepada Mohamad Sabu)

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Kawal Selia Air Selangor; Penolong Pegawai Daerah Port Dickson dan Penolong Pegawai Daerah Seremban.

Mustapah bersara pada tahun lepas.

Mustapah menyerahkan borang ahli PAS kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di majlis berbuka puasa anjuran PAS Seremban di PASTI Wildan, Ampangan, Seremban.

Turut menerima penyertaan Mustapah ke dalam PAS ialah Yang DiPertua PAS Seremban, MK Ibrahim Abdul Rahman dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan, Mohamad Hassan Tamby.

harakahdaily.


P/S: Perjuangan Islam semakin mendapat tempat dan dipercayai oleh segenap masyarakat,. Ape jadi pada UMNO ye? Semua profesional memilih PAS sebagai wadah perjuangan..

3 comments:

  1. belum dikira lagi berapa ramai pemimpin tertinggi Kerajaan yang sokong UMNO dalam senyap. Setakat pegawai pertanian , tak payah citer arrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela.Pegawai Pertanian masuk PAS, Lembunya plak masuk UMNO..

      Delete